Serangan Israel Perang Israel–Palestin

Pemindahan penduduk Gaza

Pada 13 Oktober, tentera Israel mula mengancam dan memaksa lebih sejuta penduduk di Gaza Utara untuk berpindah ke selatan Gaza. Ancaman ini dicetuskan bagi meneruskan serangan udara Israel ke atas utara Gaza. Ribuan penduduk terpaksa berlindung di beberapa hospital dan bangunan sekolah di selatan Gaza. Israel juga mula menyerang bangunan hospital sehingga mengakibatkan ratusan penduduk yang berlindung terkorban.[22] Israel juga terus mengebom masjid dan gereja di Genting Gaza mengakibatkan puluhan korban. Beberapa aktiviti ketenteraan Israel turut dijalankan di Tebing Barat mengakibatkan puluhan penduduk terbunuh sejak serangan 7 Oktober.[23] Israel juga telah mengehadkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza yang merangkumi keperluan harian penduduk dan mencetuskan masalah kebuluran dan kesihatan yang serius.

Pada 27 Oktober, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel mendakwa serangan ini dilakukan bagi memusnahkan rangkaian terowong Hamas di Gaza, melemahkan aktiviti mereka dan membebaskan semua tahanan Israel di Gaza.[24] Ratusan penduduk yang sedang berpindah dari utara ke selatan Gaza terbunuh akibat serangan Israel. Israel juga mendakwa mereka telah membunuh beberapa anggota tertinggi Hamas dalam serangan darat mereka. Beberapa serangan dilakukan Israel ke atas kem Jabalia kerana didakwa menjadi pusat pergerakan Hamas.[25] Pada 2 November, Israel mendakwa mereka telah menguasai dan mengepung sekeliling Bandar Gaza yang dianggap sebagai pusat utama kegiatan Hamas. Pada 15 November, Israel telah menceroboh hospital terbesar di Gaza, Hospital As-Shifa yang didakwa sebagai pusat kegiatan bawah tanah Hamas. Beberapa minggu berikutnya, kesemua hospital di utara Gaza telah berhenti daripada berfungsi akibat serangan Israel, ketiadaan elektrik dan bantuan perubatan.

Gencatan senjata

Pada 21 November, Israel dan Hamas telah berjaya menandatangani satu perjanjian gencatan senjata yang berlangsung selama empat hari. Antara perjanjian yang dibuat termasuklah pertukaran antara tawanan Israel di Gaza dan tahanan Palestin di Israel serta kemasukan bantuan yang lebih banyak ke dalam Genting Gaza.[26] Gencatan senjata ini kemudiannya dilanjutkan kepada tujuh hari menyaksikan 105 tawanan Israel dan 240 tahanan Palestin dibebaskan.[27]

Rujukan

WikiPedia: Perang Israel–Palestin https://web.archive.org/web/20231007060822/https:/... https://www.bloomberg.com/news/articles/2023-10-07... https://www.mako.co.il/news-military/6361323ddea5a... https://web.archive.org/web/20231007060826/https:/... https://www.ynetnews.com/article/syme7drgt https://edition.cnn.com/middleeast/live-news/al-aq... https://web.archive.org/web/20231007094104/https:/... https://www.theatlantic.com/international/archive/... https://web.archive.org/web/20231007162429/https:/... https://www.bbc.com/news/world-middle-east-6704022...